Bersatu Belum Terima Surat ADUN Bandau Keluar Parti, Kata Hajiji

Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor menghadiri program Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu hari ini.

KOTA MARUDU: Bersatu Sabah belum menerima sebarang surat mengenai tindakan ADUN Bandau Wetrom Bahanda yang didakwa keluar Bersatu.

Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor yang juga ketua menteri berkata perkara itu hanya diketahui melalui media sosial yang tular sejak semalam.

“Kita sebenarnya belum lagi menerima peletakan jawatan beliau daripada parti Bersatu, saya sebagai ketua pimpinan Bersatu negeri belum menerima sebarang surat lagi tetapi kita dengar dan melihat daripada media sosial nampak macam begitulah.

“Apa pun saya yakin Bersatu Bahagian Kota Marudu (yang dipimpin Wetrom sebelum ini) akan tetap wujud dan berjuang bersama-sama parti komponan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kota Marudu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Semalam, sebuah video tular di media sosial memaparkan pengumuman Wetrom menyertai Warisan dan menjadi calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU15.

Bagaimanapun ketika dihubungi media, Wetrom berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar pada Selasa atau Rabu ini berhubung perkara itu.

Wetrom yang juga ketua Bersatu Kota Marudu dilantik sebagai pembantu menteri di Jabatan Ketua Menteri bawah kerajaan negeri pimpinan GRS-BN.

Hajiji yakin ahli Bersatu di Kota Marudu akan sentiasa memberi sokongan kepada calon GRS yang diletakkan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15 nanti.

Pada PRU14, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) memenangi kerusi Kota Marudu dengan majoriti 1,774 undi.

Hajiji turut membayangkan untuk meletakkan Ongkili sebagai calon GRS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu dalam PRU15.

“Insya-Allah…kita berbincang saya ingat tiada masalah itu, beliau seorang pemimpin yang berpengalaman dan memperjuangkan negeri Sabah di peringkat persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *