Calon Bersatu Sabah Tanding Guna Logo GRS – Muhyiddin

Tiada isu dalam soal penggunaan logo kerana ia adalah persefahaman yang telah dicapai, menurut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

KOTA KINABALU: Calon Bersatu Sabah yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan menggunakan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata walaupun menggunakan logo GRS, kemenangan calon itu akan dikira sebagai kemenangan Bersatu kerana ia adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).

“Itu persefahaman yang telah dicapai, tiada isu atau masalah dalam soal itu…situasi agak luar biasa sedikit di Sabah yang terbentuk kerajaan negeri hasil persefahaman parti-parti walaupun peringkat Persekutuan tidak sehaluan, di sini keadaan istimewa, kami menerima perbezaan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kebijaksanaan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor yang juga ketua menteri Sabah, badan kepimpinan Bersatu negeri serta GRS bagi mencapai kata sepakat yang memberi keuntungan serta faedah kepada rakyat dan parti.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_689190047Ads by 

Ditanya mengenai hubungan ‘dingin’ antara PAS dan Umno, Muhyiddin berkata PAS adalah parti pengasas PN dan kekal sebagai rakan kongsi penting, terutama ketika menghadapi PRU15.

“PAS berkali-kali menyatakan mereka akan kekal sebagai rakan kongsi penting PN, itu sudah jelas sekarang dan tiada lagi ketidakpastian…ini akan membuka jalan untuk PN menjadi lebih kuat dan bekerja lebih efektif dalam PRU kali ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan Badan Pimpinan Bersatu Sabah di Pejabat Bersatu Sabah di Alamesra di sini.

Turut hadir Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee dan Hajiji. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *