PAS Sabah Sokong Kerjasama GRS-BN Pada PRU15

Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata parti itu meletakkan Pakatan HArapan adalah musuh utama yang perlu ditolak pada PRU15.

KOTA KINABALU : PAS Sabah memuji kenyataan Ketua Menteri Hajiji Noor bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausahanya Aliakbar Gulasan berkata, kenyataan Hajiji menggambarkan kerjasama antara parti-parti GRS dan BN semakin kuat dan kukuh di negeri itu.

Aliakbar berkata pendirian Hajiji itu juga mampu menakutkan pihak lawan.

“PAS meletakkan lawan (musuh) utama adalah PH. Pemerintahan mereka selama 22 bulan menunjukkan pelbagai kegagalan dan seolah-olah tidak bijak menguruskan negara,” katanya dalam kenyataan.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.533.0_en.html#goog_1262612136https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.533.0_en.html#goog_1262612138https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.533.0_en.html#goog_1262612140https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.533.0_en.html#goog_1262612142https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.533.0_en.html#goog_1262612144Ads by 

Aliakbar juga turut mengingatkan rakan-rakan komponen GPS supaya mengelakkan pertembungan sesama sendiri kerana akan memberikan keuntungan mudah kepada parti lawan.

Sebelum ini ketua menteri yang juga pengerusi GRS, Hajiji Nor berkata gabungan itu akan memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam PRU15.

Beliau berkata, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *