Guru Pendidikan Khas Bentang Projek MBK Di Persidangan Global

KENINGAU : Pasukan guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau yang diwakili oleh Cikgu Ema Awang dan Cikgu Lana Abon telah membentang projek mereka di persidangan dalam talian International Korkut Ata Scientific Researches Conference pada 28 Jun 2022.

Persidangan anjuran Osmaniye Kortut Ata University, Turki, itu menggunakan bahasa Inggeris dan Turki sebagai pengantara.

Projek pasukan guru ini yang bertajuk “A4GI” merupakan satu akronim bagi Alternatives for Gifted Individuals yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas menyertai aktiviti-aktiviti tertentu dengan cara yang sesuai.

Memandangkan segelintir pelajar berkeperluan khas mengalami kesukaran untuk berkomunikasi secara lisan ataupun secara bersemuka, para guru ini telah berjaya mengenalpasti beberapa teknik yang mampu membantu pelajar mereka melibatkan diri dalam aktiviti persembahan dan pembentangan.

Ramai pelajar mereka telah membuat persembahan dengan menggunakan bahasa isyarat ataupun media seperti visual dan audio. Selain itu, pergerakan badan dan expresi wajah serta penggunaan objek mampu membantu pelajar-pelajar ini menyampaikan mesej tertentu.

Oleh itu, mereka mencadangkan pertunjukan boneka, drama radio, pantomim, penghasilan komik dan persembahan animasi sebagai alternatif kepada pelajar berkeperluan khas.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, melahirkan sokongan penuhnya terhadap initiatif guru-guru ini yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan bagi individu berkeperluan khas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan dua orang guru ini boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *