Pelajar Sabah Johan Teater Pembaca Di Festival Seni Perancis

KENINGAU : Pasukan pelajar KV Keningau telah mendapat hadiah pertama di festival seni “Art Marathon in France” pada 5 Jun 2022 dalam kategori readers theatre (teater pembaca).

Pasukan ini terdiri daripada Emelly Teo Sin Yee, Laetitia Anwen Ng, Jasmine P. Molidu, Aelcie Anthony, Glenys Lajurus David, Chris Nathaniel Leonard Willon dan Christen Glenn Majani.

Persembahan mereka berdasarkan kisah mitos “Galap” yang merupakan sejenis makhluk ghaib yang mendiami kawasan air tawar dan mampu menjelma sebagai wanita cantik.

Cerita ini mengisahkan seorang galap yang mengembara ke kawasan penempatan manusia untuk mencari rantai mutiaranya yang diterbangkan seekor burung.

Makhluk ini terserempak dengan seorang manusia dan mereka berdua menjadi kawan karib semenjak pertemuan itu.

Tema cerita ini adalah konflik dan prejudis memandangkan manusia dan makhluk telah bermusuhan selama beratus-ratus tahun.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha pelajar ini kerana aktiviti sebegitu membantu memelihara warisan budaya memandangkan mereka memilih untuk mempersembahkan cerita mitos yang berasal dari negeri itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman persembahan mereka berjudul “Galap” boleh ditonton di pautan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *