KV Keningau Terima 6 Anugerah Sempena Hari Guru Negeri Sabah

KOTA KINABALU : Kolej Vokasional Keningau telah dianugerahkan dengan enam anugerah semasa majlis hari guru peringkat negeri Sabah pada 23 Mei 2022 yang bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Bin Haji Alamin, dengan diiringi oleh Puan Tah Nia Binti Haji Jaman.

Kolej ini yang menerima anugerah terbanyak semasa majlis itu telah melakar pelbagai kejayaan dalam bidang seni, inovasi, STEM dan program pertukaran budaya sejak tahun 2016 di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penerima anugerah tersebut adalah pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, yang telah menerima dua anugerah iaitu anugerah kepimpinan kategori individu lepas menengah serta anugerah khas pengarah pendidikan negeri Sabah.

Ianya disusuli oleh empat orang guru iaitu Encik Khalifa Affnan, Puan Nurazilah Othman, Encik Larry James dan Dr. Sirhajwan Idek.

Keempat-empat guru ini diberi penghargaan atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Encik Khalifa Affnan merupakan pemenang global Cambridge Dedicated Teacher Award pada tahun 2022 atas sumbangannya dalam bidang STEM.

Puan Nurazilah Othman dan Dr. Sirhajwan Idek telah merangkul anugerah Simon Greenall pada tahun 2021 melalui projek seni mereka.

Encik Larry James merupakan ketua pasukan guru yang telah merupakan finalis Goabroad Innovation Award pada tahun 2022 atas projek pendidikan bertemakan budaya Jepun. Kolej ini telah berjaya melahirkan berpuluh-puluh pelajar dan guru yang telah menempa banyak kejayaan di peringkat global dan dalam negara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *