‘Pejuang Di Semenanjung Pun Kalah Teruk, Mau Datang Sabah Lagi?’ – Bung Moktar

Tegas Bung Moktar, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti berkenaan.

SANDAKAN: Malaysia sebuah negara demokrasi tiada halangan parti Pejuang untuk datang ke Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ketika ditanya isu parti pejuang tanah air (pejuang) yang mengumumkan untuk melebarkan sayap ke Sabah.

Bung Moktar turut mengucapkan selamat datang ke Sabah terhadap parti Pejuang.

Namun, tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti berkenaan.

“Saya ‘welcome‘ Pejuang.

“Kita dalam negara demokrasi, kita tidak boleh menghalang tetapi terserah kepada Pejuang.

“Tapi pandangan saya, di Semenanjung pun dia kalah teruk, hilang wang pertaruhan, mau datang Sabah lagi.

“Saya tengok rakyat Sabah pun tidak berminatlah,” kata Bung Moktar sambil tertawa sinis.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa UMNO Kinabatangan, pada Rabu malam.

Terdahulu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media mengumumkan akan melancarkan parti itu secara rasmi di Sabah pada 22 Mei depan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *