Pasukan Guru Sabah Menang Emas Dengan Inovasi Permainan Digital

KENINGAU : Jack of All Trades adalah nama inovasi permainan digital ciptaan sepasukan guru dari Kolej Vokasional Keningau yang telah dianugerahkan emas di Educational Design, Games, Invention & Innovation Competition anjuran Universiti Teknologi Mara dari 1 sehingga 15 April 2022.

Pasukan yang terdiri daripada Waslee Razalee, Larry James, Morris AK Lat, Amatul Hayi Fajarudin dan Buyung Jacquline Rining itu juga telah membentang projek mereka secara langsung di persidangan dalam talian Turki pada 15 April 2022.

Mekanisme permainan digital Jack of All Trades ini adalah berasaskan sistem berperingkat dimana permain perlu menjawab soalan untuk setiap peringkat dan mengumpul mata berdasarkan jawapan yang diberi.

Hanya apabila pemain berjaya menjawab soalan dengan betul mereka boleh ke peringkat yang seterusnya.

Konteks permainan digital ini adalah seorang pelayar yang meneroka pulau-pulau di sebuah kawasan perairan untuk mencari harta tersembunyi.

Permainan ini bersifat merentas disiplin kerana ianya melibatkan lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,sains, matematik dan sejarah.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa gembira dengan pencapaian guru-guru ini kerana ianya melambangkan Kerjasama dan kreativiti antara guru-guru yang penting untuk perkembangan profesionalisme bagi golongan pendidik.

Dia berharap agar guru-guru di kolej itu terus meneroka pelbagai teknik untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan itu boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *