Lelaki Maut Motosikal Terbabas Masuk Parit

Keadaan motosikal mangsa terbabas masuk ke dalam parit.

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Benoni di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Roslie Jun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.58 pagi.

Katanya, 9 pegawai dan anggota bersama dari BBP Papar bersama Van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
bergegas ke lokasi yang terletak 9 kilometer dari balai.

“Kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motorsikal jenis Yamaha MT 250 terbabas sendiri masuk ke dalam parit.

“Tedapat sorang mangsa lelaki dengan keadaan tertindih motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *