Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan 18 April Esok – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijadualkan 20 April ini akan diawalkan 18 April esok.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

Sumber: MOF

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *