‘Hadiah’ Hari Pekerja, Gaji Minimum RM1,500 Mulai 1 Mei

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu hanya membabitkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima pekerja ke atas.

Katanya, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pembangunan Usahawan akan berbincang mengenai penangguhan pelaksanaan gaji ini kepada syarikat kecil.

“Kita faham kalau kita ada gerai dan restoran di kampung yang mempunyai pekerja, tidak wajar kalau kita memaksa gaji minimum kepada warung yang mengambil pekerja untuk membantu mereka.

“Setakat 1 Mei ini adalah untuk syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *