Sokongan Terhadap Warisan Masih Kuat Di Sabah

Presiden Warisan Shafie Apdal.

KOTA KINABALU: Walaupun pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak dianggap sebagai ancaman kepada Parti Warisan (Warisan) di negeri ini namun, ia bukan alasan untuk terlebih yakin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, GRS punya hak untuk mendaftarkan parti itu namun, ia tidak dilihat akan memberi kesan terhadap sokongan akar umbi terhadap Warisan.

Jika dilihat Warisan masih mempunyai sokongan di Pantai Timur Sabah, Semporna. Walaupun tidak begitu besar namun, penyokong-penyokong Warisan dari seluruh daerah di negeri ini masih ada.

Maka, usaha memperkuat dan memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap Warisan akan terus dilakukan bagi memastikan parti ini meraih kemenangan pada PRU-15.

Seiring dengan itu, Warisan akan menyusun strategi baharu melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Sabtu ini bagi memperincikan kawasan yang boleh Warisan tawan pada PRU-15 di negeri-negeri lain. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *