Lebih 500 Rumah Atas Air Terbakar Di Tawau

Kebakaran besar memusnahkan lebih 500 rumah di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau. 

TAWAU: Lebih 500 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu kira-kira jam 4.45 petang.

Beliau berkata, sehingga kini,

operasi mengawal dan memadam kebakaran di kawasan penempatan atas air itu masih dijalankan menggunakan sumber air terbuka.

“Struktur rumah yang diperbuat daripada papan, selain kedudukannya yang begitu rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan begitu cepat.

“Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” kata ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran membabitkan 49 anggota, dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, selain Bomba Komuniti Kampung Kitingan, dengan lima buah bot. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *