Sentimen Kenegerian Dimainkan Pihak Lawan Punca Kekalahan Warisan Di PRN Johor

KOTA KINABALU: Sentimen kenegerian yang dimainkan pihak lawan dilihat sebagai punca kepada kekalahan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pihak lawan seperti Parti Tindakan Demoktratik (DAP) dan Barisan Nasional (BN) sentiasa memainkan sentimen Warisan tidak seharusnya bertapak di Semenanjung dengan alasan parti ini berasal daripada Sabah.

Beliau berkata, jika parti Semenanjung Malaysia boleh melebarkan sayap parti di Sabah kenapa parti yang berasal daripada Sabah tidak boleh melebarkan sayap parti di Semenanjung.

Jika dilihat pada PRN Johor, walaupun Warisan baharu bertapak di Semenanjung Malaysia namun, parti ini masih mampu meraih 6,000 undi secara keseluruhan. Malah, parti-parti sedia ada di Semenanjung Malaysia juga gagal meraih banyak undian.

“Kewujudan kita di Semenanjung adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia kerana gelombang perkauman begitu tebal di Semenanjung yang mana, PAS memainkan isu keagamaan manakala, UMNO dan DAP pula memainkan isu bangsa. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *