KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu mendahului majoriti 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan senarai 34 kerusi DUN berkenaan.
“BN sedang mendahului di 34 kerusi Dun, Alhamdulillah. #KestabilanMasaDepan #BNTetapDiHati #JohorMemilih https://t.co/d1rW4MbNvs,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost