Covid-19: Kes Harian Sabah Bawah 1,000

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Situasi Covid-19 di Sabah nampaknya semakin stabil, apabila negeri itu merekodkan 796 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu – kali pertama kes di bawah aras 1,000 sejak 4 Feb.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata kes hari ini 380 lebih rendah berbanding semalam.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, 97.86% atau 779 kes hari ini meliputi Kategori 1 dan 2.

Hanya tiga kes Kategori 3 dikesan, manakala 10 bagi Kategori 4, dan empat bagi Kategori 5, tambahnya.

“Sebanyak 15 daerah menunjukkan penurunan jangkitan yang signifikan, termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Tenom dan Tuaran,” katanya dalam laporan awal Covid-19 hari ini.

Katanya, tiga kluster juga diisytiharkan selesai hari ini, termasuk dua di institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Taman Beringin di Kota Marudu dan Kluster Madai Dua di Kunak.

Kluster ketiga pula adalah kluster komuniti di Kampung Weston, Beaufort.

Bagaimanapun, katanya, 26 kluster masih aktif di Sabah.

Walaupun bilangan kes menunjukkan penurunan signifikan, beliau tetap menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mematuhi SOP memandangkan jangkitan sporadik atau komuniti tetap tinggi, malah merangkumi 65% keseluruhan kes hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *