JOHOR BAHRU : Barisan Nasional yang diterajui Umno memenangi PRN Johor malam ini untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.
Menurut keputusan tidak rasmi, BN sudah mencapai majoriti mudah dengan memenangi 29 daripada 56 kerusi DUN Johor dan mendahului lawan di banyak kawasan lain.
Menurut laporan, BN kini rancak mara untuk mencapai kemenangan majoriti dua pertiga atau 38 kerusi.
Saingan utama BN iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PN) setakat ini memperlihatkan prestasi hambar. Begitu juga Pejuang dan MUDA.
Berdasarkan keputusan itu, Hasni Mohammad akan dilantik menteri besar Johor, setelah berjaya mempertahankan Benut.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost