Tiada Masalah Parti Baharu Peter Anthony Sertai GRS, Kata Jeffrey Kitingan

Presiden STAR Jeffrey Kitingan (kiri) berkata parti baharu Peter Anthony boleh menjadi platform bagi perpaduan politik terutama dalam kalangan komuniti Kadazan Dusun Murut.

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jeffrey Kitingan tidak mempunyai sebarang isu dengan parti apabila bekas Naib Presiden Warisan Peter Anthony menyertai gabungan pemerintah negeri itu.

Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata langkah untuk menerima Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (PKDM) yang baru didaftarkan, akan memperkukuhkan lagi GRS.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah selagi ingin bersama-sama dengan kerajaan demi perpaduan,” kata Kitingan yang juga Presiden STAR.

Katanya, ia juga menjadi platform untuk perpaduan politik, terutamanya dalam kalangan parti Kadazan Dusun Murut (KDM) Sabah, yang secara meluas dianggap sebagai berpecah.

Kitingan berkata seseorang tidak seharusnya “memandang rendah kumpulan kecil” dan adalah lebih baik untuk mengawal mereka dan bukannya ditinggalkan di luar GRS.

“Jika kita ingin bergerak seperti Sarawak dan bersatu, ini adalah salah satu cara. Marilah kita lihat dari sudut lebih positif,” katanya.

Katanya, beliau berharap dengan menjadi sebahagian daripada gabungan, PKDM boleh “bergabung dan bersatu” dengan parti komponen lain.

Pendirian Kitingan bertentangan dengan Setiausaha Agung PBS dan rakan pemimpin GRS Joniston Bangkuai, yang tidak berminat apabila PKDM menyertai gabungan itu, sambil berkata kesetiaan parti baharu tidak terbukti dan hakikatnya bahawa Anthony sebelum ini adalah pihak lawan.

Anthony dan Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau Juil Nuatim keluar daripada Warisan pada 27 Dis, selepas mendakwa parti itu “tersasar dari landasan sebenar”.

Ketika mengumumkan pendaftaran PKDM pada Isnin, Anthony berkata ia adalah masanya untuk parti-parti politik di Sabah bekerjasama supaya “kerajaan akan menjadi kuat seperti Sarawak”.

Kitingan berkata reaksi daripada pihak yang curiga dengan motif Anthony menyertai GRS boleh difahami kerana beliau juga pernah dianggap sebagai orang kanan Presiden Warisan Shafie Apdal.

Manakala Presiden SAPP Yong Teck Lee memberitahu FMT, isu penyertai PKDM ke dalam GRS masih belum dibincangkan.

GRS terdiri daripada Sabah Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan Gerakan), Barisan Nasional (Umno, PBRS, MIC dan MCA) dan PBS. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *