31 Tahun UMNO Sabah Terus Kekal Relevan

Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Memasuki usia 31 tahun bertapak di negeri ini, UMNO Sabah perlu bijak mengatur langkah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO tidak boleh terus bersandar kepada sejarah semata-mata, UMNO perlu bangkit untuk kekal relevan menjadi parti pilihan rakyat.

“Kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat mana pun kita, jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti ini pasti akan tergugat.

“Sejak bertapak di Sabah, parti ini berhadapan pelbagai cabaran dan paling menyedihkan apabila Barisan Nasional (BN)/UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketika itu, beberapa pihak melemparkan tohmahan bahawa UMNO ditalkinkan di Sabah.

“Susulan itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk pemimpin  bahagian meletakkan jawatan menyertai parti lain menyebabkan ahli yang setia bersama UMNO berada dalam dilema,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah esok.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, di sebalik ujian beberapa pemimpin meninggalkan parti , masih ramai pemimpin dan ahli yang masih berprinsip dan setia kepada perjuangan parti.

Situasi yang berlaku pada PRU14 menjadikan parti ini lebih matang, kukuh dan bersedia menghadapi cabaran. Malah, sehingga kini tidak ada satu bahagian parti pun yang dibubarkan di Sabah.

UMNO berjaya melalui pelbagai ujian sepanjang sejarah hayatnya yang berusia 75  tahun di peringkat persekutuan kerana berpegang kepada formula membela nasib rakyat dan bukan berjuang untuk ahli parti semata-mata.

Bung Moktar berkata, perubahan zaman membawa pelbagai bentuk cabaran baharu kepada parti.

“Fitnah terhadap parti terebsar orng Melayu itu begitu pantas tersebar dalam media sosial dan internet dan ia membawa impak atau persepsi yang jauh lebih hebat berbanding realiti sebenar.

“Kita percaya, kesedaran dan pemahaman rakyat semakin baik bahawa segala proganda serta fitnah yang dilemparkan terutama menerusi media sosial sebenarnya hanya proganda pembangkang.

“Keyakinan rakyat kepada parti ini  kembali kukuh setelah kita melihat pencapaian parti dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) seperti di Melaka dan kita juga optimis mampu mencipta kejayaan pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya.

Jelas beliau, rakyat yang akan menentukan masa hadapan UMNO. Biarpun banyak kebaikan yang dilakukan namun, cabaran ketika ini amat berbeza kerana rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.  – Utusan Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *