Cara Menyemak Kesesakan Lalulintas Guna Google Maps

Bersiar – siar sambil memandu bersama keluarga pada hujung sememangnya sangat mengujakan. Namun begitu, kesesakan lalu lintas yang tidak disangka sedikit sebanyak akan merosakkan “mood” pemanduan anda.

Kepada anda yang ingin merancang pemanduan yang selesa iaitu dengan mengelak kesesakan lalu lintas, berikut kami kongsikan caranya dengan menggunakan aplikasi Google Maps.

Pertama sekali buka aplikasi Google Maps dan buat carian kawasan atau bandar yang ingin anda semak status trafik nya disusuli dengan menekan ikon berikut.

Pada paparan berikut, pilih menu Traffic dan seterusnya tutup tetingkap.

Maka dengan itu, laluan yang mengalami kesesakan lalu lintas akan ditunjukkan dengan warna merah.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *