Warisan Sah Bertanding PRN Johor

Shafie Apdal

JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjelang 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal membuat pengumuman itu pada Majlis pelancaran Warisan Johor sebentar tadi.

Beliau berkata, Warisan bertanding di Johor bagi memberi pilihan kepada rakyat Johor untuk memilih parti yang boleh membawa perubahan.

“Kita mahu mengambil alih kerajaan Malaysia, bukannya mengambil alih kerajaan negeri. Perubahan harus dilakukan.

“Itu sebabnya bila ada orang menyatakan, kalau kita tidak bekerjasama, kita akan kalah. Perlu diingat bukan parti yang menentukan kerajaan boleh berubah sebaliknua, yang menentukan kerajaan berubah adalah rakuat Malaysia. Bukan UMNO, bukan DAP, PKR dan AMANAH.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *