
KOTA KINABALU: Sabah mencatat rekod kes harian Covid-19 tertinggi apabila 5,082 kes dicatatkan, hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, sebanyak 59.6% daripada jumlah kes hari ini adalah dalam kategori bergejala.
“Kota Kinabalu mencatat 1,086 kes hari ini, 56.6% bergejala atau jangkitan sporadik, Sandakan 500 (kes), Penampang 463, Tuaran 421, Papar 313, dan Tawau 310.
“Selain itu, dua lagi kluster sekolah dilaporkan (hari ini) manakala 604 kanak-kanak bawah umur 11 tahun turut dijangkiti,” katanya dalam hantaran di Twitter, sebentar tadi.
Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, sebanyak 99.72% kes baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.
Jumlah kes baharu hari ini juga adalah yang terbanyak selepas semalam dengan Sabah mencatatkan 4,374 kes. – FMT
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost