10 PATI Indonesia Sembunyi Dalam Kandang Kambing Dicekup

Foto Ihsan ATB 2

TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan satu lagi cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyusup masuk perairan Sabah secara haram di jeti pemunggahan balak, Kampung Kurnia Jaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, kesemua 10 PATI ditahan semasa sedang bersembunyi di kandang kambing sebaik sahaja tiba di perairan Tawau.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, kesemua PATI yang berusia antara 19 hingga 51 tahun itu dipercayai baharu mendarat di jeti tersebut dan kemudian bersembunyi di kandang kambing bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, tangkapan itu berjaya dilakukan hasil pemantauan pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) yang sedang melakukan rondaan Op Benteng Bersama.

“Hasil risikan pasukan QRF mendapati terdapat dua bot laju dalam keadaan mencurigakan mendarat di jeti pemunggahan balak tersebut. Kedua-dua bot itu kemudian berpatah balik ke sempadan perairan negara selepas menurunkan kesemua PATI.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *