Pelajar Sabah Bentang Inovasi Makanan Di Persidangan Maya New Delhi

KENINGAU: Theevine Dhatu Darussalam, pelajar seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, telah membentang projek tahun akhirnya di Asia Pacific International Modern Sciences Congress yang berlangsung pada 15 Disember 2021 di New Delhi, India, melalui aplikasi Zoom.

Pelajar ini telah menghasilkan snek seakan-akan kerepek yang diperbuat daripada tumbuhan paku-pakis. Dia mensasarkan produk makanan ini sebagai pilihan snek yang murah dan berkhasiat bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Dia memilih paku-pakis sebagai bahan asas produknya memandangkan tumbuhan ini mengandungi nilai nutrien yang tinggi namun jarang digunakan sebagai bahan makanan utama.

Dia berharap usaha ini dapat memperkenalkan paku-pakis sebagai bahan organik yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai bahan makanan.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha pelajar ini yang menghasilkan inovasi untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik bagi golongan komuniti tertentu.

Dia menyatakan bahawa ini adalah selaras dengan visi pendidikan kolej vokasional untuk melahirkan graduan yang mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan pelajar ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/jv5aEfKcS2g

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *