Bekas Menteri Kesihatan Sabah Dilantik Pengerusi DAP Negeri

Frankie Poon dilantik Pengerusi DAP Sabah namun Chan Foong Hin gagal memenangi jawatan.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Sabah Frankie Poon dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri, namun Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin gagal memenangi jawatan.

Poon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Papat, telah dijangka dilantik ke jawatan itu selepas bertindak sebagai pemangku susulan kematian Pengerusi terdahulu, Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong pada Mac 2019.

Sementara itu, Chan mengakui keputusan berkenaan mengejutkan namun berkata itu bukan kali pertama beliau dikalahkan dalam pemilihan parti. Kali terakhir beliau berdepan kekalahan seperti itu adalah pada November 2015.

“Namun itu tidak melunturkan semangat saya,” katanya dipetik portal The Vibes.

Phong Jin Zhe, bekas Ketua Pemuda DAP Sabah DAP dilantik sebagai Setiausaha iaitu jawatan yang pernah dipegang Chan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual dan Odom @ Peter Dhoms Saili @ Soili kekal sebagai Naib Pengerusi. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *