Cerita Animasi Pelajar Sabah Menang Anugerah Di Festival Seni Budapest

KENINGAU: Seorang pelajar jurusan seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, Fredo Foo Sau Yi, telah menerima diploma cemerlang dan pingat gangsa di festival seni “Magic Bridges of Budapest” yang dianjurkan secara maya oleh Festival Bridges pada 10 sehingga 16 November 2021 atas hasil karya cerita animasinya.

Festival yang berpusat di negara Hungari itu telah memberi pengiktirafan kepada hasil karya pelajar ini yang bertajuk “The Dragon of Mount Kinabalu”.

Lukisan cerita animasi ini dihasilkan oleh bekas pelajar sekolah tersebut, Roziwell Rusilin, yang diberi penghargaan sebagai pengarah seni.

Cerita tersebut mengisahkan tiga putera dari negara China yang telah menerima cabaran dari ayah mereka yakni raja kepada empayar tersebut untuk membawa pulang permata yang terletak di gunung Kinabalu. Namun permata itu dijaga dengan rapi oleh seekor naga yang digeruni ramai.

Sesiapa diantara mereka bertiga yang berjaya memperolehi permata itu akan dianugerahkan takhta kerajaan tersebut.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa gembira dengan pencapaian tersebut kerana ianya membuktikan kepelbagaian bakat yang dimiliki oleh golongan muda pada masa kini dan dia berharap agar kolej tersebut terus mencungkil bakat di kalangan pelajar serta guru.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video cerita animasi ini boleh ditonton melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *