22,070 Kes Positif Baharu Covid-19

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAYAJA: Kementerian Kesihatan melaporkan 22,070 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,662,913 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,920 kes.

Ia disusuli Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Terengganu (488), Negeri Sembilan (338), Perlis (76), Putrajaya (39) dan Labuan (8).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Perlis hari ini adalah rekod tertinggi di negeri itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *