Olimpik Tokyo: Perjuangan Shah Firdaus Berakhir

Firdaus tetap turun beraksi dalam suku akhir keirin sebentar tadi walaupun mengalami kecederaan. – FOto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hasrat pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk layak ke separuh akhir acara keirin tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir hari ini.


Berlangsung di Velodrom Izu, Shah yang beraksi di saringan kedua suku akhir, pada mulanya dilihat mampu memberi saingan namun terpaksa akur apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Hanya empat pelumba layak ke separuh akhir.

Namun ia masih lagi aksi terpuji untuk Shah yang tetap meneruskan perlumbaan hari ini selepas terbabit dengan kemalangan apabila dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin semalam sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua terpaksa dimulakan semula. 

Dia bangkit mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan repecharge sebelum menamatkan perlumbaan berkenaan di tempat kedua untuk layak ke suku akhir. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *