Olimpik Tokyo: Azizulhasni Tenang Ke Separuh Akhir

AzizulhasniĀ mara ke separuh akhir bersama-sama Wakimoto, Browne dan Glaetzer.

KUALA LUMPUR : Misi pelumba negara Datuk Azizulhasni Awang untuk melayakkan diri ke separuh akhir berjaya apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua saringan ketiga peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam saingan suku akhir ini, empat pelumba terbaik akan mara ke separuh akhir yang akan berlangsung selepas ini.

Pada saringan itu, pelumba tuan rumah, Yuta Wakimoto muncul juara manakala dua lagi pelumba yang turut layak ke separuh akhir adalah pelumba Trinidad and Tobago, Kwesi Browne dan Matthew Glaetzer dari Australia yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik šŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *