Tahanan Cetus Kluster Baharu Covid-19 Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang tahanan dikesan sebagai punca kluster baharu Covid-19 tercetus di Sandakan yang melihat sekurang-kurangnya 50 orang dijangkiti, termasuk empat anggota polis.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, Kluster Lebuh Empat itu dicetuskan tahanan berusia 63 tahun yang didapati positif selepas saringan terhadap tahanan baharu pada 5 Ogos.

Katanya, 122 sampel kontak rapat diambil dengan 50 didapati positif termasuk 35 tahanan dan empat anggota polis Ibu Pejabat Daerah Sandakan.

Selain kluster itu satu lagi yang dikesan di negeri itu dalam tempoh 24 jam lalu adalah Kluster Sarikan di Nabawan iaitu kluster komuniti.

Sementara itu, Masidi berkata jangkitan baharu kekal tinggi di Sabah hari ini, dengan 1,255 kes direkodkan dalam tempoh sehari lalu, membawa jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 92,456.

Sebanyak 4,449 kes masih aktif.

Daripada jumlah itu, 152 pesakit telah divaksin penuh, manakala 136 yang lain telah menerima suntikan dos pertama. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *