‘Terima Kasih Ahli Parlimen BN,’ Kata Muhyiddin

KUALA LUMUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya.

Beliau juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen BN yang bersetuju bahawa keabsahannya sebagai perdana menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain.

“Ini adalah selaras dengan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin berkata, dengan sokongan Ahli Parlimen BN itu, beliau berharap segala polemik politik ketika ini dapat dihentikan bagi memberi ruang kepada kerajaan menumpukan sepenuhnya usaha kepada menangani masalah Covid-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengetuai sidang media mendakwa 31 Ahli Parlimen BN menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *