20,889 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 20,889 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebelum ini, bilangan kes tertinggi direkodkan adalah semalam dengan 20,596 jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini 1,224,595 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 8,792 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,483), Kedah (1,371), Sabah (1,291), Johor (1,275), Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491),

Terengganu (460), Putrajaya (122), Labuan (9) dan Perlis (9).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *