PM Yakin Masih Ada Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin mempunyai cukup sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk terus menerajui kerajaan.

Perdana Menteri berkata, timbul kekeliruan mengenai perkara itu berikutan terdapat dakwaan kononnya beberapa Ahli Parlimen tidak lagi menyokongnya.

“Saya yakin sehingga hari ini. Walaupun ada pengumuman pihak tertentu, yang kononnya tidak menyokong saya.

“Mungkin depannya kata macam itu, di belakang kita tak tahu. Itu masalah politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Penyampaian Sumbangan Makanan Basah kepada Penghulu Parlimen Pagoh, di sini, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *