
KUALA LUMPUR: MCA dan MIC mengambil pendirian berpegang teguh kepada ketetapan yang dibuat Barisan Nasional (BN) tahun lalu iaitu untuk kekal menyokong kerajaan sedia ada.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pendirian itu tidak akan berubah selagi keputusan dibuat BN itu kekal.
Sementara itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, partinya turut berpegang kepada pendirian sama.
Perkara itu dimaklumkan dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost