PKPD Di Lima Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai 22 Jun

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Lima lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), mulai Selasa ini sehingga 5 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tindakan itu diambil susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 di lokaliti berkenaan.

“KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 di Kampung Skim Pamalan, Keningau, Sabah. Sebanyak 30 kes positif direkodkan dari 339 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 8.84 peratus.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Skim Pamalan, Keningau, Sabah berkuat kuasa 22 Jun sehingga 5 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD ialah Kampung Jaya Baru, Kunak; Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu; Kampung Serudung Baru, Tawau dan Ladang Brumas, Kalabakan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *