12 Srikandi KV Keningau Rangkul Dua Pingat Di Pertandingan Inovasi Dalam Talian

KENINGAU: Dua pasukan pelajar dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya merangkul dua pingat gangsa bagi idea yang dipertandingkan di International Innovation and Innovative Contest (InIIC) anjuran sebuah persatuan tempatan, MNNF Network, pada 12 Jun 2021.

Pasukan pertama terdiri dari enam pelajar perempuan jurusan pengurusan perniagaan manakala pasukan kedua dianggotai oleh enam pelajar perempuan jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Kesemua mereka merupakan pelajar tahun akhir kolej ini.

Nadhirah Reha Awang, Siti Nur Syairah Jeffry, Brenda Veralyn Baling, Jaclyn Junsin, Nurul Ain Sarah Mohd Ariffin dan Ollevia Leovie dari program pengurusan perniagaan telah membentang cadangan mereka iaitu sebuah aplikasi mudah alih yang dinamakan “Smart Skool” untuk membantu pelajar sekolah menangani penularan berita palsu yang boleh mengancam keselamatan.

Mereka juga berhasrat agar aplikasi mudah alih tersebut mampu membantu pelajar mengurus rutin seharian mereka serta mencari peluang-peluang keemasan seperti permohonan biasiswa dan pertandingan rekacipta yang mereka boleh sertai.

Rakaman pembentangan pelajar ini bolehlah ditonton melalui pautan berikut:

Pasukan kedua pula mempertandingkan idea mereka iaitu “Operation Wheel” yang merupakan satu alat bantu mengajar bagi subjek matematik untuk kanak-kanak pra-sekolah.

Nur Adilah Farhanah Abdullah, Alvira Doloris, Aldiedianie Alexander, Jellysia Joen Jimson, Nurul Syakira Mohd Shazwan dan Azleyza Ain Norsaleh berniat untuk menjadikan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan berkesan dengan inovasi bahan mengajar yang mampu merangsang pemikiran kanak-kanak.

Video pembentangan mereka boleh diakses melalui pautan ini:

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian 12 orang pelajar ini yang gigih menyertai pertandingan inovasi dengan idea yang mampu membantu masyarakat.

Dia berharap agar para pelajar ini terus menambaik idea mereka berdasarkan maklumbalas yang diterima semasa pertandingan tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *