2 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar dilaksanakan di dua lokaliti di Sabah, Kuala Penyu serta Kalabakan, selama dua minggu berkuat kuasa Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lokaliti terbabit ialah Kampung Melikai, Kuala Penyu dan Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill, Kalabakan.

Beliau berkata, lokaliti berkenaan dikenakan PKPD hingga 6 Jun depan berikutan berlaku peningkatan kes amat ketara.

“KKM juga melaksanakan 238 ujian saringan dengan 42 disahkan positif, setakat ini, di Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *