6,320 Kes Baharu Covid-19, 50 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,320 kes baharu Covid-19 dengan 50 kematian direkodkan setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan mencecah 505,115 di seluruh negara.

“Daripada 6,320 kes baharu itu, 6,317 adalah kes tempatan manakala tiga kes lagi membabitkan kes import (bukan warganegara).

“Angka kematian hari ini pula ialah 50 kes dengan 652 kes memerlukan rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 370 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurutnya, 4,694 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif ialah 449,234 kes atau 88.9 peratus.

Katanya, 17 kluster baharu turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif mencecah 2,001 kluster.

“Jumlah kluster tamat ialah 1,466 kluster manakala 535 lagi kluster masih aktif,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *