Wilayah Sabah: Tunggu Pengumuman Rasmi, Baru Komen – Bung Moktar

Kata Bung Moktar selagi tiada pengumuman rasmi, beliau tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut mengenai status wilayah Sabah. – Foto Awani

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung spekulasi pertukaran status negeri itu kepada wilayah Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, beliau perlu menunggu pengumuman rasmi sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

“Saya belum boleh komen sebab belum ada kenyataan rasmi yang ada cuma perkara yang ditularkan sahaja.

“Itu sebenarnya bukan perbincangan tetapi dalam ulasan Perdana Menteri seharusnya Sabah ini luas patut dipanggil wilayah itu saja,” jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Taklimat Pembangunan Daerah Sandakan, di sini, pada Jumaat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Makan Tengah Hari bersama kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak awal bulan ini menggunakan istilah wilayah Sarawak bagi menggantikan negeri.

Jelas beliau, Sarawak salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *