Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Di Belakang Lot Kedai

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian. – Foto ihsan PDRM

TAWAU: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan di kaki lima belakang bangunan lot kedai, di Jalan Pelabuhan Tawau, kira-kira pukul 8.30-pagi, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, anggota polis yang bertugas di jeti CIQ lama menemui seorang lelaki terbaring di jalan Pelabuhan di belakang sebuah kedai dan dipercayai telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki berumur 60 tahun, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang tinggal Ladang di Bousted Ruku- Ruku Kilometer 108 Telupid,jalan Sandakan Sabah.

“Maklumat awal secara lisan dari kawan mangsa mengatakan mereka bertolak dari Telupid pada Khamis jam 8 malam dan tiba di Tawau pada Jumaat jam 5 pagi kerana ingin pulang ke Nusa Tenggara Timor, Indonesia.

“Walaubagaimana pun mangsa, dikenali sebagai Edy Muhammad, didapati telah meninggal dunia sebaik tiba di Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Mayat mangsa dibawa ke hospital Tawau dan ujian saringan COVID-19 dijalankan sebelum proses bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *