Sabah Akan Turunkan Semua Pemain Import Malam Ini

Pemain import yang akan beraksi dalam perlawanan malam ini di Stadium Likas melayan kunjungan PJ City. Gambar Facebook Ihsan Sabah FC

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah Football Club (FC), Kurniawan Dwi Yulianto mengesahkan akan menurunkan kesemua pemain import pasukan itu apabila melayan kunjungan PJ City dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, di sini, malam nanti.

Kesemua pemain import itu termasuk empat yang baharu iaitu pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Madinda, pemain tengah dari Macedonia, Ristro Mitrevski, penyerang dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson dan Saddil Ramdani dari Indonesia.

Dalam dua aksi awal sebelum ini, Sabah FC hanya menggunakan seorang pemain import iaitu pertahanan dari Korea Selatan, Park Taesu selepas empat pemain terbabit terpaksa menjalani kuarantin.

“Saya harap kesemua pemain import Sabah FC dapat menunjukkan prestasi memberangsangkan sekali gus mempamerkan kualiti mutu permainan sebenar mereka.

“Beraksi di laman sendiri sudah tentu kita inginkan kemenangan seterusnya mengutip tiga mata pertama kita musim ini.

“Apa yang pasti corak permainan kita akan berubah berbanding dua aksi awal di gelanggang awal sebelum ini, bagaimanapun, kita tetap waspada kerana PJ City sebuah pasukan yang mempunyai semangat tinggi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kurniawan berkata, Sabah FC tidak boleh tewas dalam aksi malam nanti dan para pemain perlu mempunyai keyakinan tinggi untuk menanh.

“Pemain Sabah FC perlu kekal fokus, tidak boleh lengah, tidak boleh ‘over confident’ kerana ia akan’ mengundang bahaya jika kita ‘underestimate’ pihak lawan.

“Saya juga mahu setiap pemain beraksi umpama bermain di final, bukan untuk malam ini saja, tetapi setiap perlawanan,” katanya.

Selepas dua perlawanan, Sabah FC kini menduduki tangga ke-10 selepas hanya mampu mengutip satu mata ketika bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat tempoh hari selain kecundang kepada Kedah Darul Aman. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *