Pergerakan Bot Kecil Dari Pulau Ke Tanah Besar Sabah Dibenarkan

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah membenarkan pergerakan keluar masuk bot kecil dari pulau ke tanah besar di Sabah antara pukul 6 pagi hingga 2 petang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata ia hanya dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti penumpang bot sahaja. 

“Namun, kebenaran ini tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sabah dikenakan PKPB bagi mengekang COVID-19 bermula 19 Feb lepas hingga 4 Mac ini.

Sementara itu, beliau berkata  sebanyak 94 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri itu kepada 52,268. 

“Seramai 21 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,735 orang,” katanya.

Masidi juga berkata setakat ini, 771 pesakit COVID-19 di Sabah sedang menerima rawatan sama ada di hospital atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan daripada jumlah itu, 43 orang diempatkan di Unit Rawatan Rapi dengan 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *