RON95, RON97 Naik 3 Sen, Diesel Naik 4 Sen Sahaja

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen pada RM1.93 seliter dan RM2.23 seliter masing-masing.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.07 seliter pula dinaikkan sebanyak 4 sen kepada RM2.11 seliter.

Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 6 Februari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 12 Februari depan.

Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *