Rasuah: Isa Samad Dipenjara 6 Tahun, Denda RM15.45 Juta

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta.

Gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara itu boleh ditambah lagi 18 tahun.

Terdahulu, Mahkamah Mohd. Isa didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Rasuah dalam bentuk wang tunai itu diterima melalui menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Pihak pembelaan sedang membuat permohonan bagi menangguhkan hukuman penjara dan denda itu. – Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *