Berita Kematian Pelawak Veteran, Datuk Jamali Shadat Palsu

Tangkap layar catatan satu akaun pengguna Facebook yang mendakwa pelawak veteran, Jamali Shadat sudah meninggal dunia.

PETALING JAYA: Berita kematian pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, yang tular di media sosial awal pagi tadi adalah palsu.

Sinar Harian harian melaporkan anaknya, Fauzi, 48, mengesahkan bapanya berada di rumah dalam keadaan sihat.

“Sejak pagi tadi saya terima banyak panggilan mengenai perkara itu, tak tahu dari mana datang berita itu, sabar jela. Berita tersebut palsu, tolong sebarkan ya. Dia sihat, Alhamdulillah…cuma kurang nak makan sangat,” katanya.

Fauzi berkata, pihak keluarga kesal dengan penyebaran berita itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya.

Keadaan kesihatan Jamali atau nama sebenarnya Jamalai Shadat sebelum ini dilaporkan semakin pulih oleh Sinar Harian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1478