Pembayaran i-Sinar Dikreditkan Hari Ini

PETALING JAYA- Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.

Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.

“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.

KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *