UMNO Kalabakan Cadang Parlimen Dibubarkan

Andy Muhammad Suryady

TAWAU; 03 JANUARI 2021 (Ahad) : UMNO Bahagian Kalabakan mencadangkan agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan selain untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat demi kestabilan politik dan ekonomi negara kembali terjalin.

Ketua Bahagiannya, Andy Muhammad Suryady berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

Menurutnya, melalui PRU itu, ia akan menentukan kerajaan sebenar yang diingini rakyat.

Beliau berkata demikan kepada pemberita RTM selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kalabakan Di Pejabat DUN Tanjung Batu Tawau.

Dalam persidangan tersebut, Suryady berkata, UMNO Kalabakan memutuskan sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Prsiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menyokong penuh Pengerusi Perhubugan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan perlu diberi kepada UMNO pada plihan raya akan datang berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu pada PRN yang lepas.

Jelasnya, setakat ini seramai 27-ribu 683 ahli UMNO di Bahagian Kalabakan dan daripada jumlah tersebut, pihaknya telah menerima lebih 3-ribu ahli baharu yang terdiri daripada 70-peratus golongan muda yang kembali memberi kepercayaan kepada parti tersebut.

majlis tersebut, Suryady melancarkan JENTERA BARISAN Nasional, dalam usaha menggerakkan jentera disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk bertemu dan menyantuni rakyat di kawasan Kalabakan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: #BESTAWAUfm

3784