Meriah & Sesak, Tular Foto-Foto Dipercayai Sambutan Tahun Baru Di Wuhan, Tempat Munculnya COVID-19

Viral gambar-gambar orang ramai bersesak-sesak dipercayai di Wuhan China, dimana COVID-19 pertama kali dikesan.

Menurut laporan CNN, gambar-gambar berkenaan diambil ketika orang ramai keluar beramai-ramai untuk menyambut ambang Tahun Baru 2021.

Secara tradisinya, warga Wuhan akan berkumpul di depan Hankow Customs House, salah satu pusat tumpuan orang ramai untuk berkumpul setiap kali sambutan Tahun Baru diadakan.

Dibangunan berkenaan terdapat satu jam yang mana orang ramai yang datang berkumpul di situ akan bersama-sama mengira detik menuju 12 malam.

Apabila melangkah ke tahun baru, orang ramai akan melepaskan belon keudara dan melaungkan ‘Selamat Tahun Baru’.

Bagaimanapun, sambutan tahun ini turut menyaksikan kehadiran besar anggota polis bagi mengawal keadaan.

Malah, CNN turut memaklumkan bahawa anggota polis dilihat bertungkus-lumus mengarahkan orang ramai mematuhi SOP dan memakai pelitup muka.

Wuhan sebelum ini dikenakan temoh perintah berkurung yang ketat selepas menyaksikan ribuan terkorban dan ribuan lagi dijangkiti wabak COVID-19.

Berikut adalah foto-foto sambutan yang tular.

2891