Amerika Baru Sedar Basuh Berak Guna Air Lebih Menjimatkan

Selama ini, selepas buang air besar ataupun lebih mudah kita guna perkataan berak, orang di Amerika Syarikat lebih gemar atau secara tradisi menggunakan tisu tandas.

Akibat pandemik, stok tisu tandas pun sudah semakin susah nak diperolehi dan mereka mula menyedari bahawa penggunaan bidet ataupun alat yang mengeluarkan air untuk mencuci kemaluan selepas berak itu merupakan alternatif kepada tisu tandas.

Alternatif tau, bukan cara utama untuk mencuci najis di Amerika, malah kalau pergi ke tandas lelaki, mangkuk untuk kencing di sana tak ada air langsung, lepas kencing terus jalan keluar.

Di Malaysia pun dah mula trend ni, mangkuk kencing tak ada air disalurkan untuk mencuci kemaluan.
Tak payah pergi jauh sangat, kebanyakan negara di luar Malaysia memang nak suka pakai 

bidet ataupun paip air untuk tandas mereka, ini termasuklah negara jiran Singapura.

Kebanyakan tandas tak guna paip air di jamban mereka kerana tandas akan jadi basah dan berbahaya kepada pengguna, takut tergelincir akibat pembasuhan berak yang sangat ekstrem.


RM1,200 Setahun untuk tisu tandas?

Kini di Amerika, sebuah artikel sudahpun terbit bahawa bidet dianggap lebih menjimatkan berbanding menggunakan tisu tandas untuk pelaburan di jamban.

Lockdown dan kuarantin memaksa mereka berfikir dan akhirnya menyedari bahawa bidet adalah lebih baik daripada pergi berebut untuk membeli dan menyimpan stok tisu tandas.

“Orang tidak lagi berhasrat untuk mengumpul tisu tandas sebanyak mungkin setelah menyedari apa yang dibelanjakan setiap bulan (membeli tisu tandas), bidet menjadi alternatif terbaik.” – petikan daripada sebuah artikel di Digital Trends.

Dalam artikel itu lagi, mereka memetik artikel USA Today yang menyatakan bidet dapat mengurangkan penggunaan kertas tandas sebanyak 75% atau lebih, di mana setiap isi rumah di Amerika biasanya menggunakan 409 gulung setiap tahun.

Harga tisu tandas 12 gulung yang paling murah di Walmart adalah AS$8.75 (RM37.20).

Jika mereka menggunakan 409 gulung, mereka belanja hampir AS$300 setahun (RM1276.65).

Jumlah tersebut lebih mahal daripada memasang bidet pada jamban mereka, yang paling murah AS$130 (RM553) malah operasinya lebih murah dan penggunaan elektrik serta air juga tidak begitu tinggi.

Kalau ada duit lebih, mereka boleh beli bidet yang mahal sikit sekitar AS$400 (RM1702) dan mereka tidak perlu lagi membeli tisu tandas dengan begitu banyak, ataupun terus tak perlu beli tisu tandas pun.

Kalau nak lagi bajet, belilah paip biasa dan pasang dekat tepi jamban, tapi itu mereka belum pernah tengok lagi, sebab tak wujud dalam tradisi kehidupan mereka.

Apapun pemasangan bidet jauh lebih bijak berbanding menggunakan tisu tandas, malah lebih bersih daripada menggunakan tisu tandas.

Apa era norma baharu ni, terpaksalah mereka belajar untuk berjimat dan jadi lebih bijak dalam menguruskan pembersihan najis mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2486