Amaran Hujan Lebat, Limpahan Air Laut Di Sabah & Labuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka di beberapa daerah di Sabah dan Labuan, selama dua hari bermula esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata amaran cuaca peringkat kuning di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat serta Kudat.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai 3.5 meter, dijangka di Sabah dan Labuan dalam tempoh berkenaan.

“Keadaan ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6945